Showing posts with label duet. Show all posts
Showing posts with label duet. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

kebahagiaan itu adalah hakiki..

I opened my wallet and i find it empty,reached into my pocket and found a few coins,searched my heart and i found u!!..then i realized how rich i am..
This quote was taken from one of my best buddy, mohd azam in his facebook's status.. I like his status, i mean this quote laa.. interesting kn?
Yes, sebenarnya kita akan btol2 kaya bila ada seseorang yang mengambil berat di dalam hati. Duet harta benda tu kn x penting. Yang penting adalah kebahagiaan. Siapa kata duet boleh beli kebahagiaan? mungkin la duet boleh memberi kebahagiaan.. tp duet jugak la yang boleh merosakkan kebahagiaan..
Ada sesetengah laki ni merasa kerdil bila dia x berduet, x berharta dan x mempunyai rumah. adakah ini sebenarnya ukuran untuk merasa bahagia dan membahagiakan seseorang? Kalo xde kereta xboleh hidup ker? x boleh ker nak berjalan naek motor jer? sampai jugak kan.. kalo xde duet, maksudnya mengharapkan duet gaji ikut bulan tuh x leh membahagiakan ker? nak kena ada duet bergunung2 baru boleh bahagiakan orang? kalo xde rumah sendiri, dudok rumah keluarga, xboleh bahagia ke? x pon kalo cr je rumah sewa, biarla kecik dan kurang selesa untuk permulaan, x boleh membahagiakan orang ker?
xsemua perempuan meletakkan syarat untuk berkahwin dgn seorang laki tu mestilah mempunyai kereta, rumah dan duet beribu riban. Cukuplah sekadar cukup makan dan pakaian. Apa yang penting, ada seseorang lelaki yang boleh membimbing dan melindungi. itu sudah cukup.Bila dah kahwin, kumpullah harta bersama2. harta sepencarian itu kan lebih berkat dan nikmat? tidakkah seronok melihat keluarga kita itu berkembang hasil dr titik peluh bersama? Tidak perlu untuk merasa rendah diri bila seorang perempuan itu lebih bernasib baik dr anda. Kenapakah tidak terfikir oleh kamu untuk bersama2 mempunyai nasib yang baik? Cukuplah kalau anda mempunyai pekerjaan tetap dan halal. itu sudah memadai untuk kami..untuk aku sebenarnya..tapi anda kaun lelaki tidak faham bukan?
Aku? Aku rela berkahwin dengan seseorang miskin, daripada seseorang yang berharta tapi tidak merasa akan nikmat kehidupan. sibuk sgt mencari duet sehinggakan lupa dunia ini hanya sementara.duet, harta, rumah, kereta tidak akan ikut masuk ke dlm kubur, hanyalah kebaikan yang boleh dibawa. Aku lagi rela tinggal di rumah kayu dan usang daripada tinggal di rumah sebesar istana tetapi pada hakikatnya kosong.. Aku rela hidup umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang daripada hidup dikelilingi makanan sentiasa kerana dengan cara itu aku akan lebih menjadi seorang yang bersyukur dan tidak membazir.Walaupun kita ini miskin harta, tapi kita tidak miskin kasih sayang.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Bukan sengaja untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi untuk berkongsi pendapat dan pandangan semata2. ketahuilah bahawa lelaki tersebut, anda tetap yang terbaek pernah ku miliki. berbahagia lah anda seperti mana kehendak anda selama ini. aku hanya akan memerhati dr jauh.
p/s : apa kau merepek nih wahai syaitan?

Saturday, July 25, 2009

dana bakti remaja

Dear sadness..

pkul 8 pg td, aku pegi la Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Paya Rawa. dun get me wrong plak, aku pegi sana bukan untuk anta mana2 warga emas atau pon nak menjadi seorang volunteer yer.aku pegi sebab mau mengutip duit dana Bakti Remaja yang Negeri Terengganu suke sangat bagi tuh. Ni pon dah kali ke 4 aku dapat duet tu.Yang dulu2 aku antar wakil jer..kali nih terpaksa la pegi sendirik and tunjuk muka.Asyik2 orang tolong amekkan jer, nanti dorang da x nak bagi dana nih kat aku br padan muka.

Pendaftaran dalam surat tu kata kul 8-9 pg shj.Aku sampai dlm kul 830 pg, masih x ramai orang n dewan pon x bukak lagi.mmg janji melayu btol la. Kul 915 br berator nak daftar. X ramai pon orang2 muda cm aku ni.Yang rmai hanya makcik2 dan pakcik2 tua.dorang ni wakil anak2 dorang la kot. Kesian plak tengok dorang yang da tua2 ni. yela, mebi bg aku duet 200 ni apa la sangat kan. skali pegi shopping, sekelip mata jer boleh abis. tp bg orang2 yang kurang mampu tu, duet 200 ni boleh guna untuk buat persiapan raya. aku serius ni, sbb aku dengar makcik2 ni cakap, duet tu blh ringankan beban nk bli baju raya nti.

tibe2 jer aku rasa agak bersalah la. Aku yang berkemampuan ni pon dok rebut2 nak dapat duet padahal rmai lg org yg susah kt luar sana tp x dpt pon dana ni.sebab apa? sebab rmai orang2 yang macam aku nih da potong line dorang. x baek kn? so, kursus pada pagi td menyedarkan aku untuk lebiih bersyukur dengan apa yang dh Dia kurniakan pada aku dan keluarga.

pkul 1230 pon still x tamat2 lg kursus ni. Bkn kursus apa pon, dgr ceramah politik.Biasa laa, suruh undi Barisan Nasional.kalo bkn BN, sapa lagi nk bg dana2 mcm ni n bla bla bla. Lmbat btol la org2 bank agro datang.dorang la yang akan uruskan pembayaran dana tuh. orang pon rmai, so they decided to give the money according to the registration number. so, number aku 370. paham2 jer la lama mane aku harus tunggu dan melihat jer orang2 yang awal tu berlalu bersama duet masing. Lepas je dpt duet tu, dapat plak makanan kan. di satu sudut bangunan, di tepi lonkang aku nampak sorang pakcik tua ni duduk smbil makan dengan lahapnya. sedih sgt bila lihat keadaan pakcik tu. Mesti pakcik tu x sempat nak makan pagi td and tersangat lapar n letih gara2 nak tunggu kursus ni abis. pakcik tu sanggup tunggu lama2 semata2 nak duet 200 tu. mesti duet tu sangat bermakna untuk dia dan keluarga. skali lagi, aku rsa sgt sedih di saat aku dah pon nak balik dgn kegembiraan sebb 200 dlm tangan. huh! aku mesti bersyukur..!

dekat2 pkul 2 jugak la aku smpai rumah dengan perasaan bercampur aduk. gembira sebab dapat duet, letih sebab lama tunggu, sedih melihat pakcik2 tua yang susah dan juga kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.
P/s : ramai jugak la aku jumpa wakil2 samada adik, ayah atau emak kwn2 aku yg dulu.

P/s/s : sorry to mimi n PCM sbb xdpt lagi nk open table .. haha, tunggu la duet lain ye..