Sunday, August 30, 2009

entry geli 1

attention : sekiranya anda seorang ibu mngandung, mempunyai paras kolesterol yang rendah, mempunyai simptom2 h1n1, sila jangan teruskan bacaan anda kerana dikhuatiri akan memudaratkan lagi kesihatan anda itu.
ketika ini, saya secara tiba2 aja seperti terindukan jejaka 6606.adeh, ni sume gara2 stay-up bersama smlm semata2 kerana arsenal vs m.u..da la kalah, ceh merugikan je sokong arsenal..bak kata si jejaka 6606, " the gunners never gunned down"..haprak dowh..hahaha.. nasib bek la aku x tunggu smpai game abis, esok tu skolah wey!
tu jer la hapdet untuk mlm ni..wahai jejaka, sila take note ye..dan sila sembuh cepat dan boley la koling2 i lagi yeh laling.. (nak muntah? silakan ke tandas.tapi pastikn yg pompuan masuk tandas pompuan dan sebaliknya)
sesapa yang sokong man U, tahniah atas kejayaan anda semalam. tp xpe, arsenal akan terus berjuang okeh..:P..stakat 2-1 jer.. rileks2..bkn 10-1 pon..wakakakambingurunegerindia..

Saturday, August 29, 2009

again..again..n again

Nama penuh : Wan Elira bt W Rosli

Tarikh lahir : 23 Disember 1986

Tempat lahir : Wilayah Persekutuan kuala lumpur

Tempat anda dibesarkan : Besut Terengganu

1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
  • Fatin Hanim Rosdi (dia la kwn yg bermkna masa tadika dlu)

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
  • Main Getah n Dek'cok..smpai drjh 6 kot main game nih.

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
  • Alif Lam Lam Ha..


4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
  • dlu masa kecik aku dok rumah teres.so tempat main depan rumah je la.xpon kt padang

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
  • Bomba n Saintis..hahaha
6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
  • Thunder Cats, Doraemon, A.L.O.N.G (yg ada siti sifir tu)

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?

  • Xtau la apa nama.Tp harga seposen je, n dlm tu ade mainan or belon

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..

  • Hamimi masrina..tuek tuek

9.Apakah gelaran anda masa kecik?

  • Mek Ya

10.nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..

  • Oklaa aku da tak tag sapa2 kali ni. Tapi kalo kak anem, Wani, Illya, Mimi, Hawa, Munie, Fatin nak jawab, leh jugak..x kisah pon..

ding dong.. buat kwn2 tercayam..

to all my beloved frens...

akibat drpd pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, saya Wan Elira bt W Rosli sgt la minta maaf banyak2 kalo ter tag anda2 semua.Muahahahahahahaha.. weh, bkn salah aku dowh, aku ditag dlu. so aku tag la korang balik..alaa, sama je la kalo korang yang kena tag dlu..mmg konfem ah korang akn mengetag aku kan? kan? kan?
Bukannya slalu aku nak menjawab tag mahupon mengetag korang2 nih.Minggu ni jer..sbb boring and skolah cuti..*aku suke*..tp esok dah kena gi skool and jumpa ngan anak2 murid kesayangan. hisssshhh..x suka x suka.Jadi no more tagssss from me kot lps ni..kecuali la ada orang tag aku..haha..
terima kaseh la ye kerana menjawab tag2 tu.mesti korang pon tgah boring kan? sbb tu korang jawab jugak tag2 tu walaupun dlm keadaan terpaksa..wakakakakambing..
Jumpa lagi la ye di tag yang akan datang.. hihihihi..(aku bukan ape, aku terdorong nak buat post nih sbb aku tengok mcm banyak je kawan2 aku yang me'mention'kan nama aku masa jawab tag. macam salah je aku tag korang ek? xpe2 akan aku tag lg korang pasni)
P/s : malas la weh nak g skolah esok.ada sape2 nak ganti x untuk satu ari jer? amek la elaun aku yang x seberapa tuh..rm100 je sehari..(hahahahahahah nak ker ?)

Sunday, August 23, 2009

tag lagi ke?

to ain - ko ni memang da xde keje lain kan? asyik main tag jer.aku smpai sa x payah tgk nama2 orang yang ko tag pon aku da tau nama aku mesti tersenarai punye.nampak sngat aku nih baek ati je menjawb tag kawan2.
to sape2 yang kena tag dr aku - weh, jgn marah sama aku.aku pon macam kalian gak.kena tag. aku nak balas balik je. mana aci aku sorang je yang nak kena buat kan?
1. Berapa umur anda?
* 22 tahun, 8 bulan

2. Anda berasal?
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..

3. Berapa adik beradik anda? Anak yang ke? Brp lelaki n perempuan?
* 3 siblings
* anak sulung
* 2 orang perempuan
* 1 orang lelaki

4. Sekolah terakhir anda?
* MRSM Kota Putra, Besut

5. Bila terakhir anda memotong rambut?
* last 5 months i guess

6. Shampoo apa yang anda gunakan sekarang?
* Head n Shoulder forever. i love my kepala and bahu ok..?

7. Anda gemar menjahit? Kalau tidak nyatakan sebab
* tidaklah sama skali..haha..bli atau tempah je.mana de mase nk blaja tu

8. Jika duduk di rumah, adakah anda suka menghias diri
* tunggu lah bila aku bersuami..

9. Apakah kerja rumah yang paling malas anda hendak lakukan?
* jemur baju, lipat baju pon malas jugak..

10. Soalan terakhir...bagi 5 kenangan MANIS yang tak dapat anda lupakan sampai bila bila
*menjadi seorang Wan Elira - nama tu masih xde lg kot aku jumpa kt dunia ni slain aku
*yang lain? i ve got a lot lot lots of sweet memories so x perlu la kot nk mention satu2 kat sini. lagipon semua kenangan tu tersangat la manis smpaikan kalo show off kat sini takut ramai plak semut hurung..( gula xde weh skarang. Supermas pon leh bli satu sorang je.kedekut! )

Tag ini dipanjangkan kepada:
* Munie
* Mimi
* Anem
* Illya
* Awa
* Wani
* Mekla
(hahahahah padan muka korang kena lagi skali)

Tuesday, August 18, 2009

tag dr ain

mentang mentang la aku tag dia, skang ni dia plak nak tag aku yer..*dush dush*..weh ain, utang tag yang lama tu aku kira hutang lg la. aku cm xnak jer menghebohkan apa apa pasal kekasih ati kesayangan jantung buat masa skarang.wakakambing..

1 - Nama timangan anda
  • Tatak wa maknanya kakak ya bg org yang x pelat. biasanya dipanggil oleh abg akem n k ti
  • Mc Ya - budak2 skolah rendah dan kaum kerabat shj
  • Eli - budak2 mrsm dan jgk panggilan skarang
  • syg - wohhhhhhhhhhhhooooooooooooooooooooooo..!!

2 - anda seorang yang..?

Konfem2 la aku seorang yang seksi,menawan dan berharta (ok, aku tipu)

3 - Lagu peveret

  • Temanku - Gerhana Ska Cinta
  • Encik mimpi's songs

4 - Makanan Kegemaran

  • Nasi ayam of course

5 - aku pon xpaham kat mana soalan nih ilang

6 - Warna kegemaran

  • Hitam
  • Putih
  • Biru

7 - Benda yang mesti ada dalam beg

  • purse
  • hape2 ( enset lah)
  • make up kit

8 - Kali terakhir menangis

  • da lama da..bulan 6 rasanya

9 - Sikap yang buat anda stress

  • cakap x serupa bikin
  • tikam belakang
  • perasan bagus

10 - Tag 7 kawan2 anda (ni paling aku ske )

  • anem(mls nk mention 'kak', bia nmpk muda sket)
  • mimi
  • illya
  • firah
  • awa
  • wani
  • munie

Saturday, August 15, 2009

corat coret izad n runni 's wedding

Pelamin yang ala hindustan direka oleh abg akeem. dia mmg expert dlm keje2 macam ni. da bape org kaum kerabat kitorang yang kawen guna khidmat sentuhan air tangan kaki abg akeem.



Ni la pengantin lelaki a.k.a abg izad.di tepi tuh abg akeem A.M.N hehe..psst abg akeem, mane tau kot2 pasni btol2 leh jadi ahli mangku negara cm tok wan.


This is Izad Azwan Aziz and his wife, Qhairunnisa (forget her name spelling, aku x tau)

Biasa laa, budak2..



P/s : tuh je la gmbr..nak tngok yang lain, pegi la kat facebook i ok? letih upload gmbr kt fb pon x abis lagi, x kuasa i nak upload dlm blog plak..





Friday, August 14, 2009

cerita hari ni..

hari ini, 14 ogos 2009, majlis penyambutan kemenantuan di rumah che jah..haha.. gambar akan di upload selepas ini akibat keletihan yang amat mendalam.. ngantok weh..!




p/s : nak kena upload di facebook dlu n mengetag semua saudara mara yang tidak dapat hadir. kalo tag diri sdiri x leh ker ek?



SELAMAT PENGANTIN BARU TO IZAD & RUNNI

(gmbr tipu2 je ni, saje buat saspended floor kt sni)



Tuesday, August 11, 2009

hutang tag dari kak zie

1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...


ni la beg yang aku slalu bawak ke hulu ke hilir pegi skolah. senang nak matching ng mana2 baju pon. pastu senang nak letak barang.ng buku2 nota skali aku sumbat dalam ni ha.Tapi pegi skolah je la aku bawak beg ni.kalo pegi lepak ng kawan2 ke, pegi pasar malam ke, aku bawak beg lain plak. xkan nak bawak beg ni kot.besar gedabak semacam jer rasanya.


Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.

1 - botol air mmg sentiasa ada kemas di dalam beg ni. letih tekak tau memekak je ngann budak2 dalam kelas. mana2 aku pegi, aku ada air..boleh trus minum je..

2 - passion fruit body butter ni pon aku letak dalam nih. ye las, masuk klas pegang kapur pastu tangan trus tukar jadi kulit gajah. kasar n menggerutu..lepas mngajar trus aku sapu kat tangan. nanti nk kna salam ng budak2 after klas, so xde la tangan kasar je. sebb tu la budak2 tu cakap yang 'tangan cikgu elira lembut la'

3 - kunci bilik pemulihan wajib ada.kalo takde cmne aku nak masuk bilik kat skolah.nak suh aku merempat kat luar bilik ke..?

4 - extra jam tangan. kadang2 bile aku nak cepat, slalu jer lupa pakai jam. so nih la back up watch haha.. kat dalam bilik aku x de jam.apsal tah skolah tu xnak sediakan jam dlm bilik aku hek?

5- purse..yesss aku kaya!!

6 - dlam beg kecik nih ada alat2 mekap..ala, yang simple2 jer.yang x simple tuh letak kat rumah suda..mana sempat nak bermekap pon kat skolah

7 -vitamin..tapi jarang sgtla aku makan. walaopn ada dlm beg, tp slalu jer lupa makan

8 - pen nih biasa laa..pegi mae2 kalo x mnyonteng mmg x sah aku ni..

3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu

aik, tadi mcm da jawab..sebab beg ni boleh campak apa saja n senang nak matching ng baju laa..
4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yg istimewanya beg itu pada anda
nih present dr mama .. so kena la jaga btol2.. kang mak aku tanya nape tak pakai beg dia beli, haru ha nak menjawab. lepas tu nanti dia da x belikan pape kat aku.alasannya sebb aku x penah nak pakai..terpaksa..
5. Sila tag 10 org yang lain
  1. mimi
  2. wani
  3. ain
  4. munie
  5. zafirah
  6. ramiza
  7. hawa
  8. kak anem
  9. dieyla
  10. illya



aiman vs telor

suatu ketika di dalam kelas pra sekolah.. selepas sesi pemeriksaan kesihatan berlansung..

aku : aiman, td misi suruh buat apa?

aiman : misi suruh makan ubat cacing.

aku : sedap ke ubat cacing tu?

aiman : sedap cikgu, x keras pon..lembut jer?

aku : Hah, lembut ? ubat apa plak awak mkn ni? bentuk dia cmni ke? *sambil tunjuk marshmallow kat dia*

aiman : bukan cikgu. bentuk dia mcm air..

aku : *woi, tu bukan lembut oi..tu ubt air mmg la x keras! tensen *

aiman : cikgu,cikgu.. ade lagi misi tu buat

aku : apa misi tu buat lg?

aiman : misi tuh tarik sluar.

aku : misi tuh buat apa?

aiman : misi tuh kata dia nak tengok kita ada telur brapa bijik..*sambil sengih2*

aku : bijik ? *tahan gelak geli*.. dh tu misi cakap awak ade brapa?

aiman : misi cakap kita ada dua bijik, x payah amik ubat. kalo orang ada satu bijik misi kata kna amik ubat.

aku : *terus gelak guling2 masuk dapor*. abis la mana kawan2 dia yang dapat ubat nti kena ejek ada satu telur.

Sunday, August 2, 2009

kebahagiaan itu adalah hakiki..

I opened my wallet and i find it empty,reached into my pocket and found a few coins,searched my heart and i found u!!..then i realized how rich i am..
This quote was taken from one of my best buddy, mohd azam in his facebook's status.. I like his status, i mean this quote laa.. interesting kn?
Yes, sebenarnya kita akan btol2 kaya bila ada seseorang yang mengambil berat di dalam hati. Duet harta benda tu kn x penting. Yang penting adalah kebahagiaan. Siapa kata duet boleh beli kebahagiaan? mungkin la duet boleh memberi kebahagiaan.. tp duet jugak la yang boleh merosakkan kebahagiaan..
Ada sesetengah laki ni merasa kerdil bila dia x berduet, x berharta dan x mempunyai rumah. adakah ini sebenarnya ukuran untuk merasa bahagia dan membahagiakan seseorang? Kalo xde kereta xboleh hidup ker? x boleh ker nak berjalan naek motor jer? sampai jugak kan.. kalo xde duet, maksudnya mengharapkan duet gaji ikut bulan tuh x leh membahagiakan ker? nak kena ada duet bergunung2 baru boleh bahagiakan orang? kalo xde rumah sendiri, dudok rumah keluarga, xboleh bahagia ke? x pon kalo cr je rumah sewa, biarla kecik dan kurang selesa untuk permulaan, x boleh membahagiakan orang ker?
xsemua perempuan meletakkan syarat untuk berkahwin dgn seorang laki tu mestilah mempunyai kereta, rumah dan duet beribu riban. Cukuplah sekadar cukup makan dan pakaian. Apa yang penting, ada seseorang lelaki yang boleh membimbing dan melindungi. itu sudah cukup.Bila dah kahwin, kumpullah harta bersama2. harta sepencarian itu kan lebih berkat dan nikmat? tidakkah seronok melihat keluarga kita itu berkembang hasil dr titik peluh bersama? Tidak perlu untuk merasa rendah diri bila seorang perempuan itu lebih bernasib baik dr anda. Kenapakah tidak terfikir oleh kamu untuk bersama2 mempunyai nasib yang baik? Cukuplah kalau anda mempunyai pekerjaan tetap dan halal. itu sudah memadai untuk kami..untuk aku sebenarnya..tapi anda kaun lelaki tidak faham bukan?
Aku? Aku rela berkahwin dengan seseorang miskin, daripada seseorang yang berharta tapi tidak merasa akan nikmat kehidupan. sibuk sgt mencari duet sehinggakan lupa dunia ini hanya sementara.duet, harta, rumah, kereta tidak akan ikut masuk ke dlm kubur, hanyalah kebaikan yang boleh dibawa. Aku lagi rela tinggal di rumah kayu dan usang daripada tinggal di rumah sebesar istana tetapi pada hakikatnya kosong.. Aku rela hidup umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang daripada hidup dikelilingi makanan sentiasa kerana dengan cara itu aku akan lebih menjadi seorang yang bersyukur dan tidak membazir.Walaupun kita ini miskin harta, tapi kita tidak miskin kasih sayang.
Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Bukan sengaja untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi untuk berkongsi pendapat dan pandangan semata2. ketahuilah bahawa lelaki tersebut, anda tetap yang terbaek pernah ku miliki. berbahagia lah anda seperti mana kehendak anda selama ini. aku hanya akan memerhati dr jauh.
p/s : apa kau merepek nih wahai syaitan?