Thursday, July 9, 2009

to lelaki arab..

salam.. ( aku masih lagi berbudi )


ewah ewah...suka2 ati mak bapak kau je kan nk kata yg bukan2 kat aku? apa? kau ingt aku ni robot? xde perasaan ? senang jer nk dipergunakan ? senang jer nk hamburkan sume amarah2 kau? mana cerita yang kau dengar ni ha? dari sapa? kau pon sama jer xde otak.. baru dengar sket dh nak melatah..kau ingat aku ni pekak ker? kau x pikir ker brapa bnyak cerita jugak yang aku dh dgr dr org psal kau? tp aku maintain je.xpayah dgr la apa orang nak kata.kau kan ada otak, lengkap sempurna apa yang Tuhan dh anugerahkan.kenapa x nak guna btol2..??


sume org dlm dunia nih ada masalah masing2.bukan kau jer yg ada masalah.bukan kau je yang susah.bukan kau je tau..BUKAN KAU.tp x semua orang macam kau.bila ada masalah je nak melenting.bila ada masalah jer, terus nk maki2..terus nak mencarut.kau ni manusia jenis apa hah?


kau ingt aku ni pompuan jalang ker? bila nak kau cari..bila xnak kau buang? Hei, kau sepatutnya bersyukur atas apa yang kau ada sekarang nih.kau dah cukup lengkap.tolong jangan cuba nak jatuhkan orang yang baru nak mengenal asam garam kehidupan macam aku ni.ye, aku bernasib malang sebenarnya jumpa kau. kalau aku diberi peluang, aku xkan pilih untuk jumpa kau.kenal kau pon kalo boleh aku x nak. tp aku masih lagi bersyukur, mungkin dengan kenal kau nih, aku dapat tau siapa kau, apa rentak kau sebenarnya. selama ni aku dengar je apa orang ckp. sekarang aku dah tau, aku dh sedar walaupun hakikatnya aku masih x percaya yang kau sebenar berhati x berapa nk wangi. terima kasih kepada semua yang selama ini cuba untuk memberitahu dan mnyedarkan aku. aku sepatutnya dengar nasihat kalian dari awal lagi.
Apa lagi yang kau x puas hati dengan aku? datangla bagitau aku sendiri.xpayah nk buat skrip percuma di belakang pentas.aku bukannya takut nak jumpa kau, tp aku malas sebab aku takkan menang. selagi dalam hati aku nih masih tersimpan sedikit kepercayaan dan juga menghormati kau, aku takkan sesekali melawan kau.aku sedar dari mana aku bermula dan siapa yang menolong aku dahulu.aku takkan pernah menang dengan kau kerana kebijaksanaan yang kau ada.tapi tu x bermakna aku kalah.aku belum mengalah, kerana aku masih percaya kepada karma.walaupun kadang2 karma is a bitch.
Bergembira lah kau atas kemenangan percuma yang kau dapat ni. bergembiralah kau kerana berjaya membuat aku benci kau. bergembiralah kau kerana berjaya meragut semua kebahagiaan yang pernah aku kecapi. bergembiralah kau.. bergembiralah atas kesengsaraan orang lain. Watch ur mouth ya ! kalau aku bercakap baik, tolong hargai usaha aku untuk berbaik dan melupakan semuanya.tolong la.. jangan la kau nak ego sorang2 lagi..
Sekarang ni aku memang x mau ada apa2 lagi kaitan dengan kau, maupun kehidupan kau. kau bebas terbang di langit ciptaan kau sendiri. Aku tau kau punya kehidupan bahagia. Kau x perlu nak susah payah macam aku dalam proses mencari kehidupan sebenar. semuanya dah terbentang luas di depan mata.Hanya tunggu kau sahaja mencorakkan nya. jadi, jangan cuba nak samakan kehidupan semua orang dengan kehidupan free kau tu. Btol cakap orang, kau takkan pernah berubah. Biar aku mencari haluan aku sendiri. Tak perlu untuk kau campur tangan sebab kau hanya akan menambahkan kesengsaraan aku dengan kata2 hikmah kau tu
Hey !! kau ingat senang je ke aku nak belajar benci kau ni? aku terpaksa lupakan semua benda dan menjadi perempuan paling biadab dan jugak perempuan yang tak kenang budi. kau sedar tak apa pengorbanan aku ni?? aku rela dianggap macam tu daripada ati aku ni sakit.sakitkan kalau hati ni digergajikan ? owh, lupa plak. kau memang tak pernah rasa sakit.kau kan x pernah disakiti selama nih. sebab..kau lelaki sempurna!
aku dah malas nak cakap panjang pasal kau ni. tunggu la episod lain yang akan ada di masa depan. aku arap kau bahagia. kau memang akan sentiasa bahagia pon. Terima kasih lelaki arab.
p/s : lelaki arab ini bukan seseorang yang semua orang rasa. hanya aku sahaja yang tahu siapa dia sebenarnya. tolong jangan cuba-cuba menyesuaikan nama sesiapa dengan perkataan 'arab' tu sebelum kau pula yang menjadi perempuan atau lelaki arab kedua. aku btol2 bengang ni, sebab tu perkataan agak kasar.
P/s : suka ati aku la nak letak nama apa pon. sengaja aku tak letakkan lelaki uganda, sebab dia x pandai berbahasa uganda dan tak pernah pergi ke uganda.
p/s : kenapa aku letak lelaki arab? sebab orang arab kan nampak macam baik. Tp x semuanya baik. mentang2 la dia tau bahasa arab, dia boleh nak tipu orang yang xtau berbahasa arab. Same la ng lelaki tuh. haih, dunia2..

2 comments: