Friday, July 31, 2009

Wanted!

ni adalah beberapa individu yang dikehendaki setelah sekian lama menghilangkan diri. sesiapa yang ada sebarang maklumat mengenai on individu2 yang berkenaan, sila mampir kepada saya secepat mungkin. Ada sesuatu menanti anda di sana..di sana.. di sana..

  1. Siti Nor Bahirah bt Sheikh Nor Shahidin - kali terakhir dilihat di MRSM Pasir Tumboh pada tahun 2000. Pada awal tahun 2002, dilihat kembali berhubungan secara senyap melalui surat menyurat sehingga hilang secara sah. Difahamkan individu ini pernah melanjutkan pelajaran ke UIA.
  2. Cik Ruswani bt Che Hassan - Kali terakhir dilihat juga di MRSM Pasir Tumboh pada tahun 2001.Tiada maklumat tambahan yang diperolehi lepas tahun itu sehingga sekarang.
  3. Ahmad Shamzari Mohd Nuri - Kali terakhir dilihat di Kota Bharu pada tahun 2002. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, individu ini sudah mendirikan rumahtangga dan sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan (mungkin dah bertambah cahayamata kot skrng ni)

PLEASE..PLEASE ! Sekiranya anda pernah terjumpa, terlihat, terjeling, terpegang, tersentuh, terdengar samada secara lansung atau tidak, secara sengaja atau tidak.. sila hubungi nombor ini.0123406634. Segala jasa baik tuan/puan amatlah dihargai

JASAMU DIKENANG

Tuesday, July 28, 2009

apakah aku berkawan dgn katak?

sejak sejak dua menjak ni, aku banyak plak ter miss berita2 hot dan sensasi.. Orang tau ari ni, tp aku 2 ari selepas tu baru la tau..bila aku nak je bukak cerita pasal news yang br sampai ke cuping telinga ng orang (bajet tuh berita hot la konon) len, mamposs kena gelak free jer..

nih antara news2 yang aku terlepas sampai ke garisan penamat dlm kotak pemikiran aku :-
  1. Arwah Yasmin Ahmad koma - aku dpt berita agak lambat la.sehari lepas kejadian
  2. Arwah Yasmin Ahmad meninggal dunia - yang ni lagi la sedih. Lansung xtau. Tau pon masa adek aku cakap.
  3. Maktab Perguruan Sultan Mizan kna tutup sbb H1N1 - aku tau pon sebab x nampak batang idung 6 org cikgu praktikal dr maktab tu kat skolah
  4. Kes kecurian di Besut - aku baru jer tau dr mimi dlm facebook td.Tu pon xtau berita pnoh

Apa nak jadi la ng aku nih..Xtau berita lansung. Newspaper x penah nak beli, berita bukan nak tgk, asyik layan detective conan jer..kat skolah terperap kat bilik pemulihan dengann budak2 tak reti membaca.. memang la katak di bawah tempurung.

Sunday, July 26, 2009

m3

lelaki arab+perempuan arab=PEGI MAMPOSS!!

woooiii xde otak ker..?

wooiii manusia..!!!!!!!!!!!!!!

kau ni kalau hidup tak menyusahkan orang x boleh ker? kenapa kau nih suka sangat nak menjaga tepi kain orang lain? brapa bnyak allowance yang kau dpt bila membuka cerita orang ha? xde otak ke nak pk??? dh x de modal lain ker kau nak cerita? dh xde orang lain ker yang kau nak jaga? kenapa aku jugak????
apa salah aku kat kau smpai kau begitu baik skali nak menceritakan hal aku kat orang lain? salah yang kau buat kat aku dlu pon aku boleh buat xtau je.saja aku malas nak tanya kau balik. sebab aku xnak kita gaduh.tp nampaknya kau ni x penah sedar..x penah serik kan??
Ikut suke ati aku la nak buat apa.aku nk sambung blaja ke, aku nak keje ke, aku nak kawen ke.. tu aku punya pasal. aku xde pon mintak kau support aku! Yang kau nak kena pegi canang kat semua orang tuh kenapa??? dah bnyak sangat ke pahala ?? kau ingat aku x tau ke apa yang dah kau bgtau tu? cerita tu sampai kat aku jugak akhirnya! kau dah banyak buat tahik kt nama aku..
apa lagi yang kau nak?? kau nak aku dtg berlutut n makan tahik kau pulak ke??
pandai plak kau mngadu kat orang yang aku dh x nak kawan ng kau kn?? terasa jugak kau rupanya.. aku bukan x nak kawan dengan kau..tp aku x leh masuk la ng prangai kau yang mulut lembek tu. skarang ni kau terselamat lagi la sebb aku x tau lagi cerita yang sebetul2 nya.kau tunggu je la masa yang sesuai.bila aku dah tau apa yang betol, aku carik kau. masa tuh kau akn tau la aku nih cmana. wah wah wah.. sebab aku senyap, kau ingat aku serah kalah ye. aku ada otak, x macam kau.ada otak tapi xnak guna.patut la ramai orang pesan kat aku supaya jaga2 sket bila kawan ng kau..hahahaha.. aku yang silap tak jaga2..sampaikan kau yang jaga aku kan?
hahahahahhahaha..kau tak perlu mintak maaf ng aku pon. cuma apa yang aku nak, kau bersihkan balik nama aku tuh..plss laaa... kau reti kan nak bersihkan nama orang yang dah kau tuang kopi tuh? kan? kau ada degree kan? lecturer kau ada ajar kan? arch prac pon blaja pasal ni kan? ok, aku lupa.. aku x penah blaja setinggi kau. so aku bodoh sket. tapi tuh bukan bermakna kau boleh mainkan aku!!!!
takpe2..aku xnak cakap panjang.aku dah tau pon.skarang ni aku nak bersihkan dlu nama aku. pastu bila aku dh tau kebenaran yang btol, kau pulak yang akan bersihkan nama aku. faham x wahai manusia...???

Saturday, July 25, 2009

dana bakti remaja

Dear sadness..

pkul 8 pg td, aku pegi la Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Paya Rawa. dun get me wrong plak, aku pegi sana bukan untuk anta mana2 warga emas atau pon nak menjadi seorang volunteer yer.aku pegi sebab mau mengutip duit dana Bakti Remaja yang Negeri Terengganu suke sangat bagi tuh. Ni pon dah kali ke 4 aku dapat duet tu.Yang dulu2 aku antar wakil jer..kali nih terpaksa la pegi sendirik and tunjuk muka.Asyik2 orang tolong amekkan jer, nanti dorang da x nak bagi dana nih kat aku br padan muka.

Pendaftaran dalam surat tu kata kul 8-9 pg shj.Aku sampai dlm kul 830 pg, masih x ramai orang n dewan pon x bukak lagi.mmg janji melayu btol la. Kul 915 br berator nak daftar. X ramai pon orang2 muda cm aku ni.Yang rmai hanya makcik2 dan pakcik2 tua.dorang ni wakil anak2 dorang la kot. Kesian plak tengok dorang yang da tua2 ni. yela, mebi bg aku duet 200 ni apa la sangat kan. skali pegi shopping, sekelip mata jer boleh abis. tp bg orang2 yang kurang mampu tu, duet 200 ni boleh guna untuk buat persiapan raya. aku serius ni, sbb aku dengar makcik2 ni cakap, duet tu blh ringankan beban nk bli baju raya nti.

tibe2 jer aku rasa agak bersalah la. Aku yang berkemampuan ni pon dok rebut2 nak dapat duet padahal rmai lg org yg susah kt luar sana tp x dpt pon dana ni.sebab apa? sebab rmai orang2 yang macam aku nih da potong line dorang. x baek kn? so, kursus pada pagi td menyedarkan aku untuk lebiih bersyukur dengan apa yang dh Dia kurniakan pada aku dan keluarga.

pkul 1230 pon still x tamat2 lg kursus ni. Bkn kursus apa pon, dgr ceramah politik.Biasa laa, suruh undi Barisan Nasional.kalo bkn BN, sapa lagi nk bg dana2 mcm ni n bla bla bla. Lmbat btol la org2 bank agro datang.dorang la yang akan uruskan pembayaran dana tuh. orang pon rmai, so they decided to give the money according to the registration number. so, number aku 370. paham2 jer la lama mane aku harus tunggu dan melihat jer orang2 yang awal tu berlalu bersama duet masing. Lepas je dpt duet tu, dapat plak makanan kan. di satu sudut bangunan, di tepi lonkang aku nampak sorang pakcik tua ni duduk smbil makan dengan lahapnya. sedih sgt bila lihat keadaan pakcik tu. Mesti pakcik tu x sempat nak makan pagi td and tersangat lapar n letih gara2 nak tunggu kursus ni abis. pakcik tu sanggup tunggu lama2 semata2 nak duet 200 tu. mesti duet tu sangat bermakna untuk dia dan keluarga. skali lagi, aku rsa sgt sedih di saat aku dah pon nak balik dgn kegembiraan sebb 200 dlm tangan. huh! aku mesti bersyukur..!

dekat2 pkul 2 jugak la aku smpai rumah dengan perasaan bercampur aduk. gembira sebab dapat duet, letih sebab lama tunggu, sedih melihat pakcik2 tua yang susah dan juga kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.
P/s : ramai jugak la aku jumpa wakil2 samada adik, ayah atau emak kwn2 aku yg dulu.

P/s/s : sorry to mimi n PCM sbb xdpt lagi nk open table .. haha, tunggu la duet lain ye..

Thursday, July 23, 2009

PCM itu adalah..

kondisi masih seperti dahulu.
Semalam jumpa dengan PCM (perempuan cantek menganggur). Tah perjumpaan yang keberapa kali..tp petang smalam jumpa kat Tanjung Demong Beach Resort (gempak sioot nama tuh). Nih si Mimi la yang mengidam nak rasa chicken chop kat situ.hah hambek kau makan sampai muak dan x abis!..Masa nih je la kitorang nak meet up n hapdet pasal diri masing2.Walau pun rumah masing2 hanyalah sekangkang kera, tp kena la jugak kan dengar masalah masing2 dan saling menasihati antara satu sama lain. Yelaa, kawan sampai mati katakan.
Mimi mintak pandangan pasal training kat INSEP tu. Mmg la training tu bagus n macam yang dijanjikan trainers akan trus dpt keje after kursus. Btol ke x tu tak tau la.kena masuk n rasa dlu kot..so kitorg x dpat la nak bagi pendapat byk sgt since kitorang pn x tahu menahu pasal INSEP ni. Yang aku tau pasl GERMS tu, ada la beberapa sahabat handai yam terlibat dh mula bising kata kursus kat germs tu dh mula boring (nasib bek aku x apply).
llya macam biasa la.Perempuan yang penuh informasi.Tah dari mana dia tau bnyak benda. Mungkin la tiap2 ari kat rumah tu dia search sume website kot.Owh ha, dr dia jugak la aku tau yang UITM dungun pon da tutup seminggu sebab H1N1.X payah nk tengok berita aku dah tau. Kalo nak arapkan berita mmg hampeh la kan. aku bukan ske tgk news pon.
Jadi kesimpulan nya perjumpaan PCM kali ni masih seperti biasa.Hanya bercakap kosong dan bergelak ketawa tp masih x dapat2 kerja. Target lepas ni kitorang nak lepak kat Gemilang or D' Kolam plak.hahaha.. Si mimi ada jugak mengusulkan yang kitorang pegi honeymoon ke pulau perhentian tp nak kena hold dlu la. macam x menjadi je.. haha


p/s
: Hampeh je si ina tu kata nk belanja minum tp last2 kitorang byr sendiri xcept for mimi.
p/s/s
: Kesian btol la aku tgk lembu si ina yang lumpuh tu. ari ni da nk kna sembelih.
p/s/s/s
: aku da try search PERMATA yang ina bgtau tu tp xjumpa2 pon.yang aku jumpa hanyalah permata yang hilang punya buku. aku da penah tgk buku tu dgn en abdul rahim masa kt ofis dlu.
p/s/s/s/s
: PCM! aku rasa kita kena amik gambar la tiap kali jumpa. boring down entry xde gmbr
:::::::::: masih berpikir = aku nk sambung master ke x ni? ::::::::::::::::::::::::::::

Sunday, July 19, 2009

akibat tak dengar cakap

dear sadness ( da lama ha x ckp dear kt sadness )

aku tak sempat lg nak update blog.. sebabnya..? entah laa..jiwa tak berapa senang sejak dua menjak nih. itu laa.. orang da pesan, sarang tebuan jangan dijolok. kau jolok jugak wahai elira. sekarang nih bila dah kena sengat, baru nk gadoh sakit. tu baru 5,6 ekor jer yang sengat.blom lagi beribu2 dan berbapak2 ekor yang datang sengat.

tu la, aku pon tatau naper aku terberlaku degil plak. dlu aku dah btol2 pulih, dah btol2 kuat. alih2 sebab tak tahan dugaan punya pasal..hah! rasakan kelazatannya sekarang..

ok2 .. tanak ckp panjang lagi.aku mau bandage kan ati sekejap. nanti kalo aku dah ok, aku hapdet yer. biasa la nih, penyakit pompuan yang sedang putus cinta.. (cis! macam sedih plak)

Friday, July 17, 2009

Thursday, July 16, 2009

telefon itu berbunyik lagi..

apakah yang akan anda rasa bila tiba2 telefon (xkira la public,rumah or enset) berdering? dan apabila anda mengintai nama si pemanggil, dia adalah orang yg dh lama di lost contactkan (maknanye sengaja di lostcontactkan ye)..?? mesti ati berdegap degup memikirkan samada nak jawab ke tak kan..?
Haha..kalo aku ni, jahat sket la. aku takkan jawab untuk 1st calling.kalo benda u btol2 urgent, that person mesti la akan kol lg skali ataupon msg balik kn? kalo x tuh, dat means saje2 nak mengada..so, aku akan buat dont know untuk beberapa jam..dan akhirnya baru la aku msg atau paling kurang pon aku miskol je.. cth nya.. :

" kenapa ya anda telefon td? sori, masa tu my phone misplaced tah kt mana n ni br jumpa"
kena la berbudi lagi.. xkan nak buat2 bodo trus pasal call dia kn? tp kalo si pemanggil tuh mmg konfem tak ada apa2 alasan pon nk kol aku selain drp nk menambahkan darah amarah aku tuh, mmg bo layan ah.. jangan main2 dengan saya sekarang ye,manusia!
opss, ha! semalam saja dh ada dua calls dr org yang dh lama ilang dr ingatan ni. the 1st one is AIE.kawan masa blajar architecture dlu. Aku mmg x angkat pon kol dia n when i tanya dia .. rupanya nk wish birthday and poor him, dia tersalah orang. Birthday aku lambat lg la aie.. but still thanks sbb masih ingt aku ye.. :P (aku ingt kau jugak la aie)
The second one nih lagi la lama ilang dr idop aku.. kakak kepada kawan aku ni xdela rapat sgt kot masa blaja dlu. tibe2 kol, n aku angkat sbb rasanya she xde pon buat salah ng i.ingatkan she called nk tanya khabar or bg berita gembira.tp rupanya...
" eli, tau x macamana simbol Fire hosereel dalam plan? "
ciiit..apakah?? aku hanya diingati bila masa nak buat working drawing..?? Hina sunggoh.. tp ok la tuh, orang masih ada alasan untuk ingat aku nih eventhou just untuk submit drawing kt bomba.
HOW DARE YOU..

anugerah yang terindah pernah ku miliki

This award datangnya dari Kak Zie Comel
Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
  1. Sangat susah nak jumpa sebab dia jarang balik kampung :)
  2. Mama kepada Faris, isteri kepada abang min, kakak kepada en abdul rahim
  3. Pandai masak and buat kuih especially 'kek spongebob yang kaler pink and ijau tuh
  4. Banyak cakap n ske bercerita.1st time jumpa takut gak sbb xtau cmne nk msk line
  5. Kecik, molek dan cantik x macam wanita dh kawen n anak satu pon

Nah ni extra..

  1. Internet woman yang tegar.24/7 je online
  2. Blog dia manyak cantik wa tell u! tah lama mane dia bertapa nak hias blog tu
  3. ske sangat pegi jusco.dlm sume cerita2 dia,xpenah miss pon tempat tuh
  4. bila nak pindah rumah baru nie..??
Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies
  1. Mengajar bdk2 yg xreti mbaca makes me crazy!
  2. Akan jd penanam anggur selepas raya ni..
  3. Baru je pulih dr kecelakaan di perasaan (jgn sapa2 nk tmbh nti aku smackdown)
  4. Sedang menikmati hidup (hidup ini indah bg org yg tau mghargainya)
  5. Suka memasak tapi x reti dan sedang belajar.
  6. Mudah kesiankan org, mdh jatuh cinta, dan akhirnya mudah kecewa. ( mudah je aku ni )
  7. Banyak duit tp x suka pegi shopping.
  8. Sangat x suka membazir dan over berjimat cermat
  9. Slamber, x suka nak ber'jangok2'..simple2 tu lg cantik la
  10. Telah terbuat satu benda yang x best dulu dan sedang menyesal.

Pick your 10 most deserving receipients and describe them.

  1. Awa - kwn skolh rendah.masih blaja d indon
  2. Yaya - kwn skolah rendah dan kwn d kala kbosanan
  3. Ramiza - kwn e.r.a and my best buddy kat mrsm pt
  4. Wani - best fren masa skolah rendah dan br keja kt klcc
  5. Dalini - kazen yang sgt gila2
  6. Dieyla - kwn skolah rendah dan jmpa blik kt mrsm kopu
  7. Razana - best buddy masa plkn kisana beach resort.
  8. Aye - kwn masa kt mrsm kopu
  9. Syuk - kwn masa mrsm kopu n junior archi fspu
  10. Aziyan - kwn masa skolah rendah n sdg buat master

Leave a comment on the receipient's blog to tell them they've been tagged .

hah buat la cepat sapa2 yang kena tuh.. padan muka..! Thanks to my dearest kak zie for this ever award. caya laa kak zie.. :P

Monday, July 13, 2009

tiba2 dua..

tiba-tiba sebelum aku tidor ni aku terpikir sesuatu..

Entry yang kt bawah nih x sepatutnya ada pon rasanya..menyemak page aku je kn..

apa nak buat..


NASI SUDAH MENJADI BUBUR, MALANG TIDAK BERBAU

tiba-tiba..

tadi semasa aku tengah sibok2 menggeledah barang2 lama (zaman keje kat Lwc dlu), tetiba jumpa gambar2 ni.. nih gambar berdua2 dengan mamat2 yg keje kat sana laa.. a ah, entry aku yg dlu pon penah da aku mention nama2 diorang ni..

Nah..layan la gambar2 sensasi nih dlu.. xclusive dlm blog jer tau.. :P

ni namanya sukri a.k.a keri.. gambar ni kalo x silap cik as yang amekkan. eh, apsal ek opis nampak kosong jer time nih..? ker mmg time blk n kami bertiga saja balik lambat? serius aku x ingat. Tp yang aku ingat, time ni encik abdul rahim out-station ke k.l.. sebab tuh la kot aku berani bergambar begini + pkai jaket merah dia..hahaha, tu la.. sape suruh letak jaket 2 atas kerusi aku.mmg da mcm harta benda aku la.. Kenapa aku x penah nk letak gmbar nih dlm friendster @ facebook ? sebabnya nanti kalo en abdul rahim tuh tau, mmg terok la aku kna perli ng dia. 40 ari 40 malam la jawabnya.. tp skrang, hahaha.. ini lah dia.. aku dan keri.

tadaa..!!

ni la encik abdul rahim yang gemar out-station ke kl tuh. gambar nih pon di candidkan oleh cik as. yelaa..meja dia nih mngadap meja kitorang. jangan tertipu dengan gambar itu kerana pd masa ini, kami bukan sedang berdiskusi pasal keje pon. aku tengah main game.. main game bully rasenya.Game tu pon en abdul rahim nih la suh aku main pastu dia bising2 sebab aku x reti nak bertumbuk dengan senior2 dlm game tu.sebab tu la en abdul rahim ni datang bertenggek kt tempat aku tuh.senang dia nk sound aku kalo aku x ingt step game ni.haha, best kan keje aku? gmbar ini diblurkan kerana gmbar nih penah menjadi screensaver kt henset aku suatu masa dahulu.dlu jer la, skang nih da delete pon gmbr nih dlm henset. Nih kira exclusive jgk la sbb en abdul rahim sdiri x penah tau akan wujudnya gmbar nih.encik abdul rahim xkan baca pn blog aku nih.woit encik abdul rahim, kalo u baca, tinggalkan la jejak ye.. :P

ada satu lagi rasanya.gambar aku ng arif. tp aku x jumpa plak mana aku simpan gmbar tuh. mungkin jugak la aku dah delete sebab nk elakkan dari en abdul rahim tau kan? terok nanti aku kena minah-yg-ske-bgambar-ng-laki.. tolong sket.. sume gmbar tu orang lain yg amekkan ye. bukan aku.. owh ha, gmbar ng arif nih budak praktikal, pyan yang amekkan sebab time tuh kitorang pakai baju sedondon..kaler ijau.. n again, time tuh pon en abdul rahim out-station ke kl.

(aku hanya akan menjadi liar apabila bos aku xderk )


Sunday, July 12, 2009

selamat pengantin baru

walaupon nih cerita dah lama.. tp, at least aku tetap ingat kawan2 aku ..

SELAMAT PENGANTIN BARU

NURUL HUDA ABDULLAH DAN SUAMI (syam)

Semoga panjang umur (eh,nih ucapan ari jadi kn?).. semoga berbahagia di samping suami tercinta. Cepat2 la buat anak dan menjadi anak pertama 6s1 Sktm 1998.

Doa-doakan lah kawan mu ini cepat bertemu jodoh..haha.Nantikan lah kad kawen aku plak lepas nih ye. adiah mesti besar2.. datang pon kena paling awal dan balik paling lambat.


new life..

new life? xderk la new sangat rasanya.. cuma x sempat jer nak berkongsi cerita.. ni adalah sedikit gambar2 yang diambil oleh anak2 murid aku yang x berapa nak siuman tuh.. suka2 jer sembunyik fon aku, pastu amek gmbar2.kononnya candid la tuh.. cehss..

ini adalah kelas. cantik kan..? macam kelas tadika / tabika / pra sekolah.Tapi ni lah kelas pemulihan. kat dinding tu pnoh dengan a,b,c,d..1,2,3,4 dan juga mari mengeja k.a.t.a.k.


di situ ialah rak2 buku mari membaca dan beginilah caranya, sayang. Yang sebelah tuh plak sudut matematik pada asalnya tp dah disalahgunakan oleh bebudak ini. Jadi di situ ialah tempat bermain semasa cikgu a.k.a aku sdg mengajar di depan..!


Dua2 nih meja aku. Kat meja yang ada printers tu la port aku ber maen internet time free.hahaha.. boring la wey..walaupun coverage celcom dan maxis tak berapa nak clear kt kawasan nih, nasib baik la Berokband mampu berfungsi. ( aku layan blues pon kt sini la )

mereka ni beberapa kerat students aku. sume nih budak 4D. Mereka nih memangla tersangat nakal yang amat sangat. Tengok budak laki pakai baju hijau tu. Nama dia
Mohd Syafiq Aiman. He is one of my favourite student. Sebabnya :

Hasan suka makan laksa. Hasan beli laksa di kedai.
Cikgu Elira suka makan laksa. Cikgu Elira beli laksa di kedai.


Sharifah pergi ke sekolah berjalan kaki.
Sharifah Aini pergi ke sekolah berjalan kaki.
Bijak..bijak..~

ni btol2 gambar candid. aku tidak berlakon. Btol..

p/s : aku bosan la sebenarnya jd cikgu ni.. lambatnya raya!


encik wani yang bangsawan

First of all..



TQ to miss wani yang baik hati kerana sudi menjawab 2 special requests dr aku..


alaa.. aku tau kenapa dia nak melayan request2 aku tuh.. :)

  1. Dia xdek keje nak buat
  2. Da taderk idea la tuh nk create cite baru
  3. Saje2 nak tunjuk terer
  4. Dia mmg sayang aku

Jawapan yang paling btol mesti la sebab dia sayang aku.. kan wani kan..??? Mana penah org x sayang aku yang cumel dan santek ni..ngeh ngeh ngeh..

Aku da belajar cara nak buat link dr dia. pasni aku nak tanya banyak2 lagi la kat wani ni. mesti dia layan punya..

So, pada sesapa yang nak belajar atau nak bli tudung, pegi la blog dia ye..aku nih dah tolong mempromotekan blog orang plak..Dia pon tgah xderk keje kat opis tu.. :P


Friday, July 10, 2009

my beautiful girl..

a few days after..
the strange occurence..
the shine of marble that he
coincidentally saw..
at the old light house..
and the school's stationary store..
holds the key to return..
to the fantasy world he experienced..
What he will do to meet ELIRA again..??

Thursday, July 9, 2009

to lelaki arab..

salam.. ( aku masih lagi berbudi )


ewah ewah...suka2 ati mak bapak kau je kan nk kata yg bukan2 kat aku? apa? kau ingt aku ni robot? xde perasaan ? senang jer nk dipergunakan ? senang jer nk hamburkan sume amarah2 kau? mana cerita yang kau dengar ni ha? dari sapa? kau pon sama jer xde otak.. baru dengar sket dh nak melatah..kau ingat aku ni pekak ker? kau x pikir ker brapa bnyak cerita jugak yang aku dh dgr dr org psal kau? tp aku maintain je.xpayah dgr la apa orang nak kata.kau kan ada otak, lengkap sempurna apa yang Tuhan dh anugerahkan.kenapa x nak guna btol2..??


sume org dlm dunia nih ada masalah masing2.bukan kau jer yg ada masalah.bukan kau je yang susah.bukan kau je tau..BUKAN KAU.tp x semua orang macam kau.bila ada masalah je nak melenting.bila ada masalah jer, terus nk maki2..terus nak mencarut.kau ni manusia jenis apa hah?


kau ingt aku ni pompuan jalang ker? bila nak kau cari..bila xnak kau buang? Hei, kau sepatutnya bersyukur atas apa yang kau ada sekarang nih.kau dah cukup lengkap.tolong jangan cuba nak jatuhkan orang yang baru nak mengenal asam garam kehidupan macam aku ni.ye, aku bernasib malang sebenarnya jumpa kau. kalau aku diberi peluang, aku xkan pilih untuk jumpa kau.kenal kau pon kalo boleh aku x nak. tp aku masih lagi bersyukur, mungkin dengan kenal kau nih, aku dapat tau siapa kau, apa rentak kau sebenarnya. selama ni aku dengar je apa orang ckp. sekarang aku dah tau, aku dh sedar walaupun hakikatnya aku masih x percaya yang kau sebenar berhati x berapa nk wangi. terima kasih kepada semua yang selama ini cuba untuk memberitahu dan mnyedarkan aku. aku sepatutnya dengar nasihat kalian dari awal lagi.
Apa lagi yang kau x puas hati dengan aku? datangla bagitau aku sendiri.xpayah nk buat skrip percuma di belakang pentas.aku bukannya takut nak jumpa kau, tp aku malas sebab aku takkan menang. selagi dalam hati aku nih masih tersimpan sedikit kepercayaan dan juga menghormati kau, aku takkan sesekali melawan kau.aku sedar dari mana aku bermula dan siapa yang menolong aku dahulu.aku takkan pernah menang dengan kau kerana kebijaksanaan yang kau ada.tapi tu x bermakna aku kalah.aku belum mengalah, kerana aku masih percaya kepada karma.walaupun kadang2 karma is a bitch.
Bergembira lah kau atas kemenangan percuma yang kau dapat ni. bergembiralah kau kerana berjaya membuat aku benci kau. bergembiralah kau kerana berjaya meragut semua kebahagiaan yang pernah aku kecapi. bergembiralah kau.. bergembiralah atas kesengsaraan orang lain. Watch ur mouth ya ! kalau aku bercakap baik, tolong hargai usaha aku untuk berbaik dan melupakan semuanya.tolong la.. jangan la kau nak ego sorang2 lagi..
Sekarang ni aku memang x mau ada apa2 lagi kaitan dengan kau, maupun kehidupan kau. kau bebas terbang di langit ciptaan kau sendiri. Aku tau kau punya kehidupan bahagia. Kau x perlu nak susah payah macam aku dalam proses mencari kehidupan sebenar. semuanya dah terbentang luas di depan mata.Hanya tunggu kau sahaja mencorakkan nya. jadi, jangan cuba nak samakan kehidupan semua orang dengan kehidupan free kau tu. Btol cakap orang, kau takkan pernah berubah. Biar aku mencari haluan aku sendiri. Tak perlu untuk kau campur tangan sebab kau hanya akan menambahkan kesengsaraan aku dengan kata2 hikmah kau tu
Hey !! kau ingat senang je ke aku nak belajar benci kau ni? aku terpaksa lupakan semua benda dan menjadi perempuan paling biadab dan jugak perempuan yang tak kenang budi. kau sedar tak apa pengorbanan aku ni?? aku rela dianggap macam tu daripada ati aku ni sakit.sakitkan kalau hati ni digergajikan ? owh, lupa plak. kau memang tak pernah rasa sakit.kau kan x pernah disakiti selama nih. sebab..kau lelaki sempurna!
aku dah malas nak cakap panjang pasal kau ni. tunggu la episod lain yang akan ada di masa depan. aku arap kau bahagia. kau memang akan sentiasa bahagia pon. Terima kasih lelaki arab.
p/s : lelaki arab ini bukan seseorang yang semua orang rasa. hanya aku sahaja yang tahu siapa dia sebenarnya. tolong jangan cuba-cuba menyesuaikan nama sesiapa dengan perkataan 'arab' tu sebelum kau pula yang menjadi perempuan atau lelaki arab kedua. aku btol2 bengang ni, sebab tu perkataan agak kasar.
P/s : suka ati aku la nak letak nama apa pon. sengaja aku tak letakkan lelaki uganda, sebab dia x pandai berbahasa uganda dan tak pernah pergi ke uganda.
p/s : kenapa aku letak lelaki arab? sebab orang arab kan nampak macam baik. Tp x semuanya baik. mentang2 la dia tau bahasa arab, dia boleh nak tipu orang yang xtau berbahasa arab. Same la ng lelaki tuh. haih, dunia2..

tok..tok..

esok x skolah kan.. so maknanya malam ni boleh la nk ber internet smpai pagi pon.. ha ha.. i likee..


tgk la malam.. brapa byak entries nak buat.. nak kena bayar entry2 yang tertunggak ..


see ya tonite..

Sunday, July 5, 2009

i'm home..

dear sadness!!
i'm homeeee!!!!... aku sudah pulang.. 12 jam dalam kete, itu mmg sgt seksa tau..bnyak benda nk cerita nih.. tapi, penat ah.. nanti la esok kalo free d sekolah, aku hapdate blog nih.. mesti byk entry skaligus..sumpah x tipu!!!


seblom aku tido, aku nk bgtau yang aku dh ada kat besut je..he he :).. kepada sesiapa yang berkenaan yang merindui aku sepanjang kepergianholiday itu, boleh la stop2 rindu tuh.. cepat2 la aturkan perjumpaan kita.. haha..


tetiba jer aku tringatkan lokasi lakonan kru kt bukit keluang tu.. dh abis ke eh sesi penggambaran dia? dah balik ker gajah2 tuh semua..? ha ha..kalo blom, aku nak ke sana lagi.. aku bukan minat kru pon.. tp aku minat la kt gajah2 dua ekor tu.. sangat santek wa tell u!!

oklaa.. aku dh kena tido.. esok kna bngun awal.. baju pon x iron lagi..alah, esok la aku iron pg2..


jommmm tidoooooooooo semuaaaaaaa.... !!!!

Saturday, July 4, 2009

u know who u r

dear sadness..

..... His name will always be in my prayers ....
p/s : hidup baik-baik..
xoxo,
u know u loves me : P

kurang puas!


dear sadness,


percutian yang ku harapkan tidak berapa hendak berbuah..
ingatkan dengan membawa diri ke tempat asing ini boleh mengubati hatiku yang hancur berkecai..
Tapi,kerana dikau..
aku kembali kecewa..

Mungkinkah BBQ pada malam ini boleh turut membakar hatiku yang hancur,robek itu bersama ayam2 yang sudah diperap dan tidak ketinggalan juga arang2 hitam yang galak membara..??

maaf juga dipinta..
kepada kawan nan seorang..

sesungguhnya..
diri ini tidak mampu untuk meluangkan masa bersama kamu..
bagaimana hendak bertemu..
sedangkan aku sudah tidak ber'hati'..

mungkin di lain hari..
bila aku sudah punya wang yang bnyak..
buat kali kedua..
akan aku ke sini lagi..

tetapi..
biarlah kali itu..
aku tidak lagi membawa hati ini..

hanya..
hati yang baru..

akan menjadi..
peneman di masa hadapan!
sesungguhnya..
aku pasrah..
dengan KETENTUANNYA




(notakakitangan : sapa nak bbq?)

Thursday, July 2, 2009

well done. u hurt me well..

I'LL KILL YOU..!

m.a.l.a.s

dear sadness..

malas itu datang lagi.(macam la x penah xde prasaan tu).. haha, sejak2 ada kerjaya ni, btmbah bosan plak.. mungkin sebab2 ari2 lawan suara dgn budak2, aku jd bertambah malas..ah ha, ini lg satu sikap yang baru diasah..

hajat di ati nak hapdate ttg kerjaya terbaru.. tp malas..(ok, itu tajuk ari ni)..owh, dugaan untuk menahan ketawa di dalam kelas td jugak tidak berjaya.. knapa?? kerana ini..

me : eh zubair, rumah awak ada anjing kan?
budak : haaa, ada.. tp saya dh nk buang, cikgu..
me : pastu nak buang kat mana?
budak : kat masjid....(erk!!)


ok, aku btol2 ketawa tp dia senyap jer..mesti dia kata, "gile cikgu aku ni".. see, budak2 mesti pk semua binatang-yg-x-diperlukan sebaik2nya buang kat masjid.. syabas anak murid ku.. kalau buang anjing tu kat masjid, ada rmai org pg sembahyang kn..jd anjing tu mesti x lapar..